HKO Followers

Wednesday, 26 September 2012

Tugasan 2: Pembudayaan ICT

Tugasan 2: Pembudayaan ICT (20%)

Tarikh Penghantaran Tugasan 2 : 28 April 2012
Secara individu, pelajar dikehendaki menulis artikel mengenai budaya penggunaan ICT di
persekitaran kerja.
Tajuk artikel: PEMBUDAYAAN ICT DI (Nama sekolah atau Pejabat anda bertugas
sekarang).


Penulisan mengenai aktiviti yang dilaksanakan dalam usaha untuk menggunakan ICT dalam
persekitaran kerja merangkumi:
1. Fakta dan gambar/foto kemudahan ICT seperti komputer, pencetak, sambungan internet
dan WiFi di persekitaran kerja anda seperti makmal/bilik komputer, komputer di Pusat
Sumber, bilik Guru atau Pejabat.
2. Carta organisasi sekolah atau tempat kerja berserta gambar/foto pihak pengurusan
sekolah atau tempat anda bertugas.
3. Nyatakan perancangan untuk meningkatkan penggunaan ICT di persekitaran kerja.
4. Senarai kursus berkaitan ICT yang telah dilaksanakan di sekolah atau tempat anda
bertugas.
5. Masukkan komen dari pihak pengurusan mengenai kemudahan ICT di persekitaran kerja
anda.
6. Sumbangan PIBG atau pihak luar untuk menambah kemudahan ICT di sekolah atau
tempat anda bertugas.
7. Berikan cadangan anda bagaimana pembudayaan ICT dapat dipergiatkan lagi di sekolah
atau tempat anda bertugas.
Rubrik bagi penilaian markah untuk artikel adalah seperti berikut:
Kriteria Markah
Isi kandungan 10%
Keaslian bahan penulisan dan grafik 5%
Format dan Gaya Bahasa 5%
JUMLAH 20%
8
PERINGATAN
• Penghantaran artikel hendaklah dilaksanakan melalui Tapak Tugasan 2 dalam MyGuru3.
Penghantaran melalui pos tidak akan dilayan.
• Artikel perlu ditulis antara 8 hingga 10 muka surat sahaja termasuk KULIT dalam format
*.doc atau mana-mana format yang bersesuaian.
• Kandungan berbentuk foto, rajah dan jadual tidak boleh melebihi 4 muka surat.
• Pemarkahan bagi tugasan ini adalah berdasarkan kandungan, fakta, susun atur maklumat,
serta keaslian idea dan kreativiti.

No comments:

Post a Comment