HKO Followers

Wednesday, 26 September 2012

Tugasan 3 : Pembangunan Blog P&P

Tugasan 3: Pembangunan Blog P&P (30%)

Tarikh penilaian akhir pada 30 April 2012

Blog anda perlu aktif dan dihantar pada Tapak Tugasan MyGuru3 pada 1 April 2012
Secara individu, pelajar dikehendaki membina blog Pengajaran & Pembelajaran bagi satu
topik pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan pelajaran dari Kementerian Pelajaran
Malaysia. Syarat berikut perlu dipatuhi:

1. Pelajar diwajibkan menggunakan platform Blogger (Blogger).

2. Pilihan matapelajaran hendaklah berdasarkan matapelajaran utama yang ditugaskan
disekolah.

3. Pastikan nama, foto pemilik blog, nombor matrik dan tajuk blog diletakkan di muka
hadapan blog.Blog yang dibangunkan hendaklah aktif dan sentiasa dikemaskini sekurangkurangnya
dalam tempoh sebulan sebelum tarikh akhir penghantaran tugasan.

4. Sediakan link/pautan maklumat mengenai Sukatan Pelajaran matapelajaran yang dipilih.

5. Blog mengandungi contoh Rancangan Mengajar (Lesson Plan) bagi satu masa pengajaran
mengikut subjek yang diajar di sekolah.

6. Libatkan pelajar, ibubapa dan rakan guru yang lain untuk memberi komen pada kandungan
yang dipaparkan.

7.Masukkan pautan klip video rakaman aktiviti anda dalam kelas bagi sesuatu sesi
pengajaran. Sila gunakan kemudahan muatnaik video ke Youtube.com.

8. Sediakan pautan kepada laman sosial dan repositori bahan pengajaran seperti Facebook,
Scribd, bahan Powerpoint, Prezi dan mana-mana format yang sesuai.

9. Tugasan blog hendaklah dihantar melalui Tapak Tugasan 3 dalam Myguru3.
Markah bagi tugasan ini diberikan berdasarkan kriteria berikut:

No comments:

Post a Comment