HKO Followers

Thursday, 29 November 2012

Anggota Badan


Latihan Simpulan Bahasa

Isi tempat kosong dengan simpulan bahasa yang berikut.
  baik sangka             anak angkat             angkat kaki             alas perut   bahasa dalam          bekas tangan           cabut nyawa
  durian runtuh            mencari jalan            beri muka
 
1. Pagi tadi Ah Meng ....................sebelum pergi Taiping.
2. ....................Pak Cik Ismail menjadi doktor gigi.
3. Apabila pegawai penguatkuasa datang ke tempat itu, semua penjaja yang tidak tidak berlesen ...................
4. Perkataan santap, gering dan beradu merupakan ........................
5. Orang tua selalu ..........................dengan semua orang.
6. Inilah manuskrip ..........................pengarang yang terkenal itu.
7. Ayahnya terlalu ...........................kepada anak lelakinya, akhirnya dia menjadi budak yang nakal.
8. Perompak itu hendak .......................mangsanya, tetapi hasratnya tidak berjaya bila polis sempat menembaknya.
9. Apabila dia disuruh membuat kerja yang berat, dia selalu ......................
10. Pada hujung tahun semua kaki tangan kerajaan mendapat .....................
 

Monday, 26 November 2012

Jawapan teka-teki

JAWAPAN:

1. Mickey Mouse
2. Semua itik ada 2 kaki
3. Kambing yang menyorok
4. Gurun, Kedah
5. Sebuah kereta
6. Bunga tayar
7. Pisang goreng
8. Tumpah la
9. Sungai Lembing
10. Orang utan

Teka-teki

1. Tikus apa yang ada 2 kaki?
2. Itik apa yang ada 2 kaki?
3. Kambing apa yang kita tak nampak?
4. Gurun mana yang tanamannya subur?
5. Buah apa ada gear?
6. Bunga apa warna hitam?
7. Buka baju, pakai bedak, terjun kolam... Apakah ia?
8. Katak diterbalikkan jadi katak..kopi di terbalikkan jadi....?
9. Sungai apa paling tajam?
10. Dalam bebanyak orang.. orang apa tak kawin?

Saturday, 24 November 2012

Latihan Kata Sendi Nama

Kata Sendi Nama

Pilih jawapan yang betul.

1. Setiap hari kami pergi ke sekolah _____________ bas.
A dalam
B hingga
C dengan
D kepada

2. _____________ keluarga, saya berjanji akan belajar bersungguh-sungguh.
A Dari
B Demi
C Kepada
D Tentang

3. Kucing peliharaan Suhairi makan ikan itu ___________ habis.
A dari
B seperti
C sampai
D terhadap

4. Berita _____________ kejadian tanah runtuh itu telah tersebar secara meluas.
A ke
B bagai
C antara
D tentang

5. Tukang masak itu memasukkan serbuk perasa _____________ dalam masakannya.
A ke
B dari
C kepada
D daripada

6. Patung purba itu dilelong ____________ harga yang tinggi.
A bagi
B oleh
C pada
D untuk

7. Ibu menggunakan serbuk penaik _______________ membuat roti.
A di
B pada
C untuk
D terhadap

8. Keputusan pertandingan melukis diumumkan _______________ pengacara majlis.
A akan
B oleh
C sejak
D sampai

9. Kami telah menunggu kamu di sini ___________ pukul 9.00 pagi.
A ke
B sejak
C antara
D daripada

10. Posmen menyerahkan bungkusan itu _______________ pemiliknya.
A di
B bagi
C demi
D kepada

Tuesday, 20 November 2012

Silang Kata




1) Kayu itu di ______ menjadi dua.

2) Tulang itu di ______ menjadi dua.

3) Kepala lembu itu di _______ dalam majlis itu.

4) Pesakit itu sedang menjalani pem______an di bilik sakit.

5) Daging itu di _____ menjadi halus sebelum dimasak.

6) Pokok itu di ______ kerana sudah tua.

Friday, 16 November 2012

Selamat Berjaya dalam UPSR

Kepada murid-murid tahun 6 pada tahun ini, semoga kalian mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR pada 19 November nanti.

Wednesday, 14 November 2012

Latihan Cuti Sekolah 2

Latihan 1

Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.

(berasa, ditegur, jauhi, Tanaman, bertambah, melanggar)

1.Kuah kari itu memang _______________ pedas.

2._______________ herba amat sesuai dengan iklim di negara kita.

3.Wahai kawan, ________________lah sifat malas dan degil.

4.Kereta yang dipandu laju itu ________________ seorang tua yang sedang melintas jalan.

5.Apabila malam menjelang, suasana di tapak pesta itu _______________ meriah.

6.Leong _______________ oleh abangnya kerana menunggang motosikal tanpa lesen.
Latihan 2
Garisi perkataan berimbuhan yang sesuai.

1.Banyak rumah penduduk kampung yang (tercabut, dicabut) bumbung akibat ribut malam tadi.

2.Ramu dan adik-adiknya bercadang hendak (dicat, mengecat) rumah mereka sempena Deepavali nanti.

3.(Kesemua, Semua) anak Encik Murad berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading.

4."(Menyiram, Sirami) pokok di tepi pagar itu, Amin," kata ibunya.

5.Stadium itu dibanjiri (lautan, melaut) manusia.

6.Perangai budak itu sungguh nakal seperti orang tidak (belajar, berajar).

7.(Penduduk, Menduduki) kampung Andak mengalami kerugian setelah hasil tanaman mereka ditanggelami banjir.

8.Adik menangis kerana (kejatuhan, terjatuh) dari katilnya.

Monday, 12 November 2012

Latihan Cuti sekolah 1

Pilih jawapan yang paling betul.
Latihan Penjodoh Bilangan 1


1.Ayah membawa dua( ) joran untuk memancing di sungai itu.
A bentuk
B urat
C batang
D utas

2. Pekerja-pekerja itu mengecat lapan( ) tiang rumah itu dengan warna kuning.
A bidang
B gulung
C biji
D batang

3. Siew Jin menggunakan se( ) benang untuk menjahit beberapa helai baju.
A bais
B buku
C kaki
D helai

4. Puan Yong menggunakan se( ) kertas untuk mencatat barang- barang
keperluan anak-anaknya.
A Helai
B timbun
C pasukan
D buku

5. Dua ( ) tiang lampu dihempap pokok semalam.
A kuntum
B batang
C papan
D longgok

6. Pak Osman menggunakan sepuluh ( ) kawat duri untuk memagari kebunnya.
A rawan
B gelung
C ketul
D rangkap


7. Tong Lam membaling bebeapa ( ) pasir ke dalam sungai.
A rumpun
B genggam
C patah
D butir

8. Lengan baju pegawai itu terkena beberapa ( ) dakwat merah.
A titik
B potong
C ruas
D bentuk

9. Pemburu itu menggunakan beberapa ( ) peluru untuk menembak rusa.
A laras
B das
C bilah
D butir

10. Petani itu memberikan sepuluh ( ) jagung kepada kami.
A tongkol
B biji
C baris
D ruas

Saturday, 10 November 2012

KATA BANTU

Kata bantu ialah kata yang digunakan untuk menerangkan masa sesuatu perbuatan atau ragam yang berkaitan dengan perbuatan.
Contoh

AKAN
MASIH
TELAH
MESTI
BOLEH
DAPAT
BELUM
SUDAH
HARUS
HENDAK


1. Kereta api dari Ipoh telah sampai.
2. Ali harus menyiapkan tugasan ini dengan segara.
3. Abang Rahim belum tahu berjalan.
4. Ayah dapat menyiapkan tugasan ini dengan segera.
5. Encik Meng Kiang hendak pergi menari esok.

6. Emak akan pergi ke sekolah petang nanti.
7. Abu masih di rumah walaupun dia sudah lewat ke sekolah.
8. Abang mesti mendapatkan johan dalam pertandingan kali ini.
9. Wau itu boleh dijual dengan harga yang mahal.
10. Dia sudah makan epal itu.