HKO Followers

Monday, 12 November 2012

Latihan Cuti sekolah 1

Pilih jawapan yang paling betul.
Latihan Penjodoh Bilangan 1


1.Ayah membawa dua( ) joran untuk memancing di sungai itu.
A bentuk
B urat
C batang
D utas

2. Pekerja-pekerja itu mengecat lapan( ) tiang rumah itu dengan warna kuning.
A bidang
B gulung
C biji
D batang

3. Siew Jin menggunakan se( ) benang untuk menjahit beberapa helai baju.
A bais
B buku
C kaki
D helai

4. Puan Yong menggunakan se( ) kertas untuk mencatat barang- barang
keperluan anak-anaknya.
A Helai
B timbun
C pasukan
D buku

5. Dua ( ) tiang lampu dihempap pokok semalam.
A kuntum
B batang
C papan
D longgok

6. Pak Osman menggunakan sepuluh ( ) kawat duri untuk memagari kebunnya.
A rawan
B gelung
C ketul
D rangkap


7. Tong Lam membaling bebeapa ( ) pasir ke dalam sungai.
A rumpun
B genggam
C patah
D butir

8. Lengan baju pegawai itu terkena beberapa ( ) dakwat merah.
A titik
B potong
C ruas
D bentuk

9. Pemburu itu menggunakan beberapa ( ) peluru untuk menembak rusa.
A laras
B das
C bilah
D butir

10. Petani itu memberikan sepuluh ( ) jagung kepada kami.
A tongkol
B biji
C baris
D ruas

No comments:

Post a Comment