HKO Followers

Saturday, 24 November 2012

Latihan Kata Sendi Nama

Kata Sendi Nama

Pilih jawapan yang betul.

1. Setiap hari kami pergi ke sekolah _____________ bas.
A dalam
B hingga
C dengan
D kepada

2. _____________ keluarga, saya berjanji akan belajar bersungguh-sungguh.
A Dari
B Demi
C Kepada
D Tentang

3. Kucing peliharaan Suhairi makan ikan itu ___________ habis.
A dari
B seperti
C sampai
D terhadap

4. Berita _____________ kejadian tanah runtuh itu telah tersebar secara meluas.
A ke
B bagai
C antara
D tentang

5. Tukang masak itu memasukkan serbuk perasa _____________ dalam masakannya.
A ke
B dari
C kepada
D daripada

6. Patung purba itu dilelong ____________ harga yang tinggi.
A bagi
B oleh
C pada
D untuk

7. Ibu menggunakan serbuk penaik _______________ membuat roti.
A di
B pada
C untuk
D terhadap

8. Keputusan pertandingan melukis diumumkan _______________ pengacara majlis.
A akan
B oleh
C sejak
D sampai

9. Kami telah menunggu kamu di sini ___________ pukul 9.00 pagi.
A ke
B sejak
C antara
D daripada

10. Posmen menyerahkan bungkusan itu _______________ pemiliknya.
A di
B bagi
C demi
D kepada

No comments:

Post a Comment